Malang tak berbau, Tomok dedah ank tertumpahkan pengilat kuku pada pakaian butik mewah sampai dia kena ganti rugi lebih dari RM5k

MALANG┬átak berbau buat penyanyi Tomok apabila terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM5,593 selepas anaknya tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di sebuah butik pakaian berjenama. Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 39, berkata, kejadian tersebut berlaku ketika isterinya masuk ke butik berkenaan untuk membeli seluar bersama anak-anak mereka. “Saya bersama keluarga di The Garden Mid Valley untuk berbuka puasa, sekitar pukul 9.30 malam isteri saya nak beli seluar.

“Tapi ada kejadian tak terduga berlaku apabila anak saya tumpahkan pengilat kuku pada seluar yang berharga RM1,299. Ia bukan tumpah pada sehelai seluar tapi empat seluar serta baju bernilai RM499 dan RM899,” katanya. Tomok berkongsi kejadian tersebut menerusi akaun Instagram miliknya pada malam Ahad. Susulan kejadian itu, Tomok memaklumkan pihak pengurusan butik itu tidak membenarkan dia beredar selagi tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang telah rosak. Mengakui kesilapan datang daripada pihaknya, Tomok berkata, dia membayar ganti rugi tersebut selepas pihak butik memberi diskaun terhadap semua pakaian yang rosak.

“Saya tak boleh buat apa, saya tak boleh keluar dari kedai ini… selepas diskaun saya kena bayar RM5,593. Saya nak jual seluar ini sebab bukan saiz saya dan ia terlalu besar untuk saya. Pengilat kuku hanya terkena sikit pada baju, tapi saya faham ini peraturan dan saya mengaku ini silap saya. “Ujian nak raya mungkin. Siapa nak beli boleh mesej saya. Saya tak jual harga ini. Insya Allah ada rezeki lain untuk saya,” luahnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.