Nad Zainal minta nasihat cara hadap kritikan warganet, sekali ini pula nasihat yang Nurul Izzah kongsikan

Pelakon jelita, Nad Zainal meminta nasihat daripada seorang ahli politik popular, Nurul Izzah yang juga merupakan anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan cara menghadapi kritikan telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nad di laman Instagramnya, Nurul Izzah mendedahkan setiap manusia perlu mempunyai sikap empati terhadap individu lain. “Kita semua akan alami kekecewaan, mungkin kritikan. Pertama, ambil sikap berempati dan jangan mudah lemparkan serangan. Klik sini untuk lihat video.

“Kita juga harus memahami ada ruang yang boleh diguna pakai untuk melindungi diri kita terutama apabila terdapat individu melemparkan kritikan dengan cara yang boleh diterima,” katanya. Bukan itu sahaja, bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu menjelaskan kesihatan mental juga perlu dijaga dengan sebaik yang mungkin ketika berhadapan dengan serangan di media sosial. Malah, dia turut berpesan agar momen yang indah perlu diambil berbanding memikirkan kritikan yang negatif daripada orang ramai.

“Pertama ialah sayang, lindungi diri, menjaga keadaan dan kesihatan mental sendiri. Walaupun kita bermuhasabah, tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh lemparkan kata-kata kesat. Ini peringatan pada akhir Ramadan, jaga kesihatan mental. Untuk mereka yang dikritik dan mengkritik, letaklah satu jarak untuk melindungi diri. Padam (komen negatif) sahajalah jika perlu. Sehari ada 24 jam sahaja dan pilihlah memori dan ingatan yang indah,” ujarnya.

Terdahulu, Nad Zainal terima teguran ramai dimana dia didakwa berkelakuan sombong dengan tidak memberi senyuman ketika ditegur peminat. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.