Naim Daniel alami kelukaan ringan di bahagian tangan, tak sangka rupanya ini punca

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel mengalami kelukaan ringan di bahagian tangan kanan dan dahi selepas terkena percikan mercun bola di halaman rumahnya.Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, berkata, tindakan lewat membaling mercun tersebut menyebabkan ia meletup di tangannya. “Biasalah main mercun bola, lupa buang cepat-cepat dan ia meletup dekat tangan. “Nasib baik kuku sahaja pecah dan dahi ada sikit berdrh… bertanda,” katanya. Kata Naim, selepas kejadian tersebut dia segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dengan rumahnya.

Mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, Naim berharap orang ramai agar berhati-hati semasa bermain mercun bagi mengelakkan kejadian seperti itu menimpa orang lain. Malah Naim juga memaklumkan dia serik bermain dengan mercun bola dan sekarang hanya berani bermain bunga api. “Jangan main mercun… hati-hati dengan keadaan sekeliling kalau tidak jadi macam saya. Saya pun dah main bunga api sahaja sekarang ini,” ujarnya sambil berseloroh.

Sebelum ini, Naim memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan keseronokannya bermain mercun namun ia bertukar tragedi apabila dirinya tercedera. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.