Tular video peniaga masak nasi dan ayam golek bawah tanah, tapi warganet pertikaikan pasal ni pula

Baru-baru ini, tular di laman media sosial TikTok mengenai Nasi Mandi Arab dimasak dalam lubang bawah tanah. Video yang dimuat naik bertujuan untuk mempromosikan makanan jualan yang ‘massive’, namun warganet lebih tertarik dengan cara penyediaannya. Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan peniaga sedang memasak nasi dan ayam golek di bawah tanah dan periuk dialas dengan kain buruk yang didakwa tidak bersih. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet ‘putus selera’ melihat kain buruk untuk memegang periuk yang panas terkena nasi arab tersebut malah ada yang mempersoalkan abu asap yang masuk dalam nasi. Bersihnya kain pegang periuk tu. tengok kain masa tangkup nasi tu terus putus selera teringin. Klik sini untuk lihat video.

Nasi tu tak tutup ke masa masak, tak masuk abu asap tu ke? Pasir jalan tak masuk ke dalam tu,” ujar warganet. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.