Mona Allen luah rasa bimbang orang ramai akan cium anak raya nanti, dia sampai minta tips pada warganet

Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan anak sulungnya, Petra Pekin menjelang musim Perayaan ini. Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu rasa gelisah memikirkan cara untuk menghalang orang ramai mencium anaknya itu bagi mengelak dijangkiti virus Respiratory Syncytical Virus (RSV). Ekoran itu, Mona meminta tips daripada pengikutnya di Instagram menerusi sebuah pautan Ask Me A Question. Saya berharap nanti masa Raya tolonglah jangan kiss Petra. Takut virus RSV. Macam mana nak bagi tahu orang kampung, family atau saudara-mara janganlah cium baby. Any tips?,” soalnya beserta tanda pagar anxiety kicking.

Berdasarkan pemerhatian, Mona berkongsi beberapa pandangan orang ramai berhubung isu tersebut di Instagram miliknya. Ada yang menyarankan Mona untuk mendukung Petra dan tidak melepaskannya kepada orang lain, meskipun pada ibu bapa. Namun, kata Mona dia sudah membuat perkara demikian tetapi tidak berjaya. Kak Mona, sentiasa kena pegang Petra. Jangan bagi suami atau mak ayah yang pegang,” tulis warganet itu. Dah, tak jalan juga!,” jawab Mona.

Bagaimanapun, Mona berharap orang ramai dapat memahami rasa bimbangnya itu sebagai seorang ibu. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.