Hari terakhir di KKM, Dr Noor Hisham bersara lepas 35tahun berkhidmat

FIGURA yang memainkan peranan penting semasa pandemik Covid-19 iaitu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bersara selepas berkhidmat selama 35 tahun. Sesi ‘clock out’ beliau yang terakhir dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sekitar pukul 4.20 petang Rabu. Dr Noor Hisham tersenyum sewaktu kakitangan kementerian berkumpul di lobi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada beliau.

Ditanya mengenai rancangannya selepas bersara, Dr Noor Hisham berkata, beliau mahu berehat. “Saya sudah lama bekerja,” katanya. Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM di atas segala bantuan yang diberikan sepanjang 10 tahun berkhidmat sebagai ketua pengarah kesihatan. Sebagai individu yang mengetuai tindakan Malaysia terhadap pandemik Covid-19, Dr Noor Hisham akan diingati kerana membantu mengemudi negara keluar daripada krisis kesihatan yang telah melumpuhkan dunia sejak 2020.

Dr Noor Hisham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai perubatan pada Ogos 1988 sebelum memegang jawatan sebagai pakar bdh am pada 1994, dan berkhidmat sebagai pakar bdh am di Hospital Putrajaya pada 2004. Beliau menggantikan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman sebagai ketua pengarah kesihatan pada 1 Mac 2013. Sebelum itu, Dr Noor Hisham memegang jawatan timbalan ketua pengarah kesihatan (perubatan) mulai 1 Februari 2008. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang pembedahan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau sebelum itu melanjutkan pengajian dalam bidang pembedahan dan latihan endokrin di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.