Makin berumur nampak lagi hensem, penampilan terkini Faizal Hussein jadi perhatian warganet

Perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video pelakon lelaki terkenal, Faizal Hussein yang muncul di sebuah pusat membeli belah ibu negara menarik perhatian warganet. Penampilan pelakon yang popular menerusi filem Gla-Gla Remaja itu kelihatan awet muda walaupun sudah meningkat usia membuatkan namanya sentiasa menjadi bualan dan diminati oleh warganet di Malaysia. Kehadiran Faizal yang mengenakan kemeja berwarna putih dan biru ke pusat membeli belah itu adalah bertujuan untuk mempromosikan sebuah acara bersama rakan selebriti yang lain seperti Tony Eusof, Shah kimin dan ramai lagi.

Video yang berdurasi selama 15 saat itu mendapat hampir 95,000 tontonan di TikTok dan video tersebut dihujani pelbagai komen dari warganet yang rata-rata memuji penampilan Faizal. Faizal Hussein dulu dan sekarang takde beza. Tetap Style beb. Vibe dia lain macam. Dia ni, lagi berumur lagi handsome!” tulis warganet di ruangan komen. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.