Bawa pekerja berbuka puasa siap bagi bonus lagi, ramai yang kagum dengan sifat pemurah Khairul Aming

USAHAWAN dan pempengaruh media sosial, Khairul Amin sekali lagi jadi perhatian pengikutnya apabila membenarkan semua pekerja kilang sambal miliknya bercuti selama satu hari. Menurut Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, ia merupakan rutin ‘wajib’ dilakukan setiap tahun untuk kesemua 60 pekerjanya. Pastinya, apa yang dilakukan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua pekerja selepas kejayaan penjualan sambal jenamanya itu laris terjual. Khairulaming, 30, berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik di Twitter miliknya.

“Jadi semalam (6 April) kita tutup kedua-dua kilang untuk meraikan semua pekerja. Kita bawa semua keluar pergi berjalan-jalan. Pertama kita pergi membeli belah baju raya dahulu. Yang ni rutin wajib setiap tahun. Kesemua 60 orang datang, pilihlah nak baju apa. Baju Melayu, baju kurung, tudung, samping semua pilih saja tak ada masalah. Yang penting semua orang gembira dan puas hati dengan baju masing-masing. Tak payah sedondon pun satu syarikat. Lain pun tak apalah. Tak ada masalah,” katanya.

Bukan itu sahaja, Khairulaming juga dilihat turut memberikan ‘bonus’ kepada pekerja-pekerjanya sebagai kejutan. Perkara itu dibuat menerusi pengumuman istimewa olehnya sendiri setelah pulang ke Kelantan ketika berada di kilang makanan jenamanya sendiri, Sambal Nyet bersama para pekerja. Sebagaimana dikongsikan dalam video, beberapa pekerjanya kelihatan terharu sehingga mengalirkan air mata apabila setiap dari mereka menerima sepucuk sampul berisi wang tunai. “Saya baru balik semalam untuk berbuka puasa dengan anda semua. Cuma hari ni ada pengumuman istimewa untuk semua.

“Masa ni semua dah teruja tapi mereka tak tahu sebenarnya saya sediakan special bonus untuk mereka sempena Hari Raya ni jadi mereka boleh sambung beli belah. Nak buat persiapan dengan beli itu dan ini. Semua boleh selesaikan awal-awal dengan bonus awal. Masa ni semua dah tepuk tangan. Keluar air mata (menangis) pun ada. Dengan saya sendiri pun nak keluar air mata masa tu. Tapi saya sangat hargai kerja keras mereka selama ni. Inilah sebahagian rezeki-rezeki kita kongsi dengan mereka jugalah,” jelas Khairulaming pada video tersebut. Tidak cukup dengan pemberian ini, Khairulaming yang kini memiliki lebih 3.6 jumlah pengikut di Instagram turut memaklumkan dia bakal membawa pekerjanya bercuti selepas Hari Raya kelak.

Pada hari sama, pempengaruh berkenaan juga membawa mereka semua berbuka di sebuah hotel namun tidak dinyatakan lokasi tersebut. Jelas KhairulAming, untuk bulan Ramadan sahaja, permintaan untuk jualan sambal adalah tiga kali ganda namun dia memilih untuk tidak menjual melebihi kapasiti ditetapkan demi menjaga kebajikan pekerjanya. Perkongsian itu mendapat perhatian ramai terutamanya warganet. Tindakan bijak pengasas Sambal Nyet ini yang bertungkus lumus menghargai semua pekerjanya menerima pujian ramai di media sosial. Malah, ramai yang turut bertanyakan sekiranya terdapat kerja kosong di kilang tersebut untuk turut serta merasai pengalaman dan kelebihan diterima semua pekerjanya ini.

“MashaAllah. Tengok semua muka gembira. Sayang betul bos dekat pekerja. Demand pun banyak. The more you give, the more you get. Senyum bila dengar tak nak staf burnout. Ramai bosses fikir opposite. Semoga murah rezeki KA. “Seronok tengok staff happy. Syarikat yang betul akan jaga staff sebab diaorang la tulang belakang company sebenarnya.

“Aming, ada kerja kosong tak?” komen warganet pada hantaran asal. Terdahulu, kejayaan bisnes Sambal Nyet miliknya menjadi tumpuan apabila berjaya mencecah jualan sebanyak RM21.5 juta bersamaan 1.5 juta botol dalam tempoh dua tahun sahaja. Perniagaan itu sekali gus memberi kelebihan untuk dia membuka dua buah kilang untuk tujuan pemprosesan dan pengeluaran sambalnya serta membuka peluang pekerja di kampung halamannya sendiri dengan menggajikan penduduk tempatan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.