Intan Ladyana mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki sesuai dengan penghijrahannya itu

PENAMPILAN pertama pelakon, Intan Ladyana, 40, bertudung ketika bercuti atas kapal persiaran mewah bersama suami, Harris Alif,23, dan anak mereka, Eviee Khadeeja berusia setahun dua bulan yang dimuat naik di Instagram suaminya jadi perhatian warganet pada penghujung Oktober tahun lalu. Selepas hampir lima bulan bertudung, Intan mengakui masih banyak yang perlu diperbaiki sesuai dengan penghijrahannya itu. Sebenarnya sudah lama saya menyimpan hasrat untuk bertudung, tapi terpaksa ditangguhkan kerana komitmen kerja sebagai pelakon sebelum ini.

Ketika mula-mula bertudung saya teruja, tapi pada masa sama ragu-ragu kerana memikirkan betul atau tidak cara pemakaian tudung kerana selalunya ketika penggambaran drama, ada kru yang tolong pakaikan. Sebagai isteri, Intan juga bertuah kerana dikurniakan suami yang cukup memahami dan sentiasa memberi sokongan padanya. Saya bertudung dengan kerelaan sendiri. Suami pula sangat positif melihat penghijrahan saya ini. Alhamdulillah dia juga gembira dan beri sokongan untuk saya tampil bertudung sejak hari pertama lagi,” katanya. Walaupun sudah bertudung, Intan bersyukur kerana tawaran berlakon tidak pernah putus sampai sekarang.

Bila sudah berhijrah, saya juga tidak mahu berubah sekadar penampilan luaran semata-mata. Sebaliknya saya juga mula menjaga batas dengan tidak bersentuhan dengan pelakon lelaki di lokasi penggambaran. Saya percaya perlu menjaga batas itu supaya ia selari dengan penampilan serta status sebagai isteri dan ibu. Setakat ini, pihak penerbit dan pengarah memahami pendirian saya itu dan tiada masalah di lokasi penggambaran. Mengenai aktiviti Ramadan pula, kata Intan, dia juga memberi fokus kepada ibadah puasa. Kehidupan saya berubah sekelip mata selepas bergelar ibu. Maklumlah Eviee masih kecil dan memerlukan perhatian saya sepanjang masa.

Selain bulan ibadah, Ramadan juga untuk saya memperlahankan aktiviti seni dan memberi tumpuan pada keluarga kecil kami ini. Saya dan suami juga akan memasak juadah untuk berbuka bersama seperti kari kepala ikan yang juga kegemaran suami. Manakala untuk sahur pula, saya bangun awal pagi memasak makanan yang ringkas untuk suami bersahur seperti ayam goreng, sayur dan telur,” katanya. Sementara itu, kata Intan, drama lakonannya Gang Daddy Daddy akan ditayangkan pada hari raya ketujuh di TV3. Selain itu, Intan turut diberi kepercayaan memegang watak utama dalam telemovie Nur Tanpa Cahaya yang belum diberitahu tarikh tayangannya.

Intan juga sudah melangkah setapak lagi dalam kariernya dengan bergelar penerbit, pengarah bersama dan pelakon untuk filem Banglo Seksyen 12. Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata, Eviee Khadeeja yang kini berusia setahun dua bulan.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.