Tular video Hannah Delisha main boxing dengan suami, tapi warganet komen pasal ni pulak

Sejak dirinya kembali aktif berlakon, apa sahaja perkongsian yang dimuat naik oleh pelakon Hannah Delisha pasti akan meraih pujian dan tumpuan dalam kalangan peminatnya. Terbaharu, tular sebuah video di mana Hannah sedang berboxing bersama suaminya, Iman Shah yang juga merupakan seorang pelakon di TikTok. Dalam perkongsian tersebut, Hannah kelihatan sangat tangkas dan cekap untuk mengelak daripada diserang suaminya ketika aktiviti itu dijalankan. Meskipun pelakon itu mempunyai perwatakan yang sangat lembut, rata-rata peminatnya kagum dengan aksinya ketika berboxing. Klik sini untuk lihat video.

Malah, kebanyakan peminatnya turut memuji kecomelan Hannah bersama suaminya, Iman yang dikatakan ‘baby face’ menerusi ruangan komen. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Nama Hannah Delisha, tidak asing lagi dalam Industri seni tanah air. Seorang pelakon, penyanyi, model dan pengacara yang berasal dari Singapura. Bermula kariernya sebagai penyanyi di Singapura, Hannah mempunyai kebolehan menyanyikan lagu dalam 10 bahasa, antaranya Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol dan Cina. Kemudian Hannah berkecimpung dalam dunia lakonan di Singapura, selepas memenangi banyak award di sana, Hannah berhijrah ke Malaysia pada tahun 2017 bagi mengembangkan lagi sayapnya dalam dunia lakonan.Pada 18 Februari 2021, Hannah berkahwin dengan jejaka pilihannya iaitu Imam Shah setelah 5 tahun mereka menjalinkan hubungan bersama.