Ada yang cakap Zizan Razak mengorat Hawa Rizwana, tak boleh berdiam sekali tuan badan tampil dedahkan hubungan sebenar

Sebelum ini, pelakon dan pengacara popular Hawa Rizwana mendedahkan hubungannya dengan pelawak Zizan Razak hanyalah sebagai seorang abang dan adik sahaja. Terbaharu, pemilik nama Mohd Razizan Abdul Razak turut menegaskan perkara yang sama mengenai hubungan mesra mereka sehingga telah disalah anggap oleh segelintir warganet. “Bagi saya tak ada apa pun. Saya sendiri tak pernah anggap dia lebih daripada seorang adik. Kami hanya berkawan. Tetapi jangan pula ada yang kata saya ‘adik-zone’ dia,”ujar Zizan.

Tambah pelakon berusia 39 tahun, hubungan mereka hanyalah sekadar berkawan dan dia tidak pernah sesekali cuba ‘mengorat’ pengacara sebuah rancangan hiburan Meletop. “Kami tak pernah ada apa-apa hubungan yang lebih daripada sekadar kawan. Saya pun tak pernah cuba mengurat dia,”ujarnya lagi. Dalam pada itu, pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu memberitahu dirinya tidak berkecil hati meskipun ramai di kalangan peminat cuma mengaitkan dirinya menjalinkan hubungan dengan mana-mana selebriti wanita.

Zizan berkata, dia hanya melayan setiap ‘impian’ peminat sahaja  setiap peminat sekiranya dengan itu ia mampu membuatkan orang gembira. “Kalau nak kata penat tak boleh juga. Spekulasi itu boleh buat orang gembira. Peminat ada impian pasangan pilihan mereka masing-masing. Saya ada juga cakap dengan Hawa, layankan jelah. “Di kala industri penuh dengan cerita sensasi, kita beri ‘bunga’ kepada peminat. Tak berkecil hati pun. Saya sendiri pun masih solo, sibuk dengan kerja,”ujar

Sementara itu, Zizan mengakui dirinya berasa sunyi apabila melihat rakan-rakan lain bahagia dengan pasangan pilihan mereka. Bagaimanapun, aktor kelahiran Terengganu ini hanya mampu menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.