isteri bongkar penyanyi ‘Surat Cinta Untuk Starla’ ada orang ketiga.

Isteri kepada penyanyi Indonesia, Virgoun, Ina Idola Rusli tampil mendedahkan perselingkuhan suaminya bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Austina Tenri Ajeng Anisa. Pendedahan itu dibuat Ina selepas mendapat mimpi bahawa suaminya bermain kayu tiga.

Ina pada masa sama turut berkongsi foto dan akaun media sosial milik wanita berkenaan. Subuh 16 Ogos 2022, Allah beri aku petanda suami aku selingkuh, siangnya ada akaun private mesej memberitahu tentang kewujudan seorang wanita ini,” tulisnya di Instagram Stories seperti dilaporkan Insertlive.

Dakwa Ina, wanita berkenaan merupakan individu yang pernah meminta Virgoun membiayai pengajiannya. Lebaran pun jadi pelakor (perampas laki orang). Minta dibiayai sekolah oleh laki orang. Kamu fikir dia bapa kamu?” tambahnya.

Namun, Virgoun sebelumnya sempat menulis sepucuk surat dan mengakui perselingkuhannya dengan wanita berkenaan. Tidak hanya itu, Virgoun juga mengakui sudah bersedia untuk menceraikan Ina.

Dengan surat ini menyatakan saya Virgoun Teguh Putra mengakui selama masih dalam status menikah dengan Ina Idola Rusli, bahawa benar telah mengakui hubungan tidak bermoral yang dilarang oleh agama dan pemerintah dengan Austina Tentri Ajeng Anisa.

Sejak 27 September 2021 dan apabila di kemudian hari saya terbukti mengulangi perbuatan tidak bermoral yang melukai martabat isteri dan keluarga, saya bersedia untuk diproses secara hukum Islam dan hukum Indonesia sesuai dengan pasal 284 tentang perzinaan dan menceraikan isteri saya, memberikan nafkah sebesar Rp40 juta (RM11,863) sebulan dan memberikan hak penjagaan ketiga anak kami,” tulis Virgoun.

Biarpun sudah berusaha untuk menutup kisah rumah tangganya, namun Ina akui menyerah dan berkongsi kepada orang awam. Maklum Ina lagi Virgoun kini masih sibuk membuat persembahan ketika khabar perselingkuhannya tular. Untuk rekod, Virgoun yang memeluk Islam pada tahun 2013 mendirikan rumah tangga bersama Ina pada 14 Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama Starla Rhea Idola Virgoun pada 20 Mei 2015.

Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.