Rumput Stadium Bukit Jalil diberi secara percuma, tak sangka rumput tu laku keras sampai ada yang nak buat kenangan dekat rumah

Orang ramai tidak melepaskan peluang mengambil rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas ia diberi secara percuma oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), hari ini. Tinjauan Kosmo di stadium keramat Harimau Malaya itu mendapati rata-rata mereka berkumpul seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan ‘cenderamata’ khas tersebut. Menurut mereka, rumput tersebut akan dibawa pulang ke rumah dan ditanam di laman rumah masing-masing tanda kenangan sebagai penyokong bola sepak negara. Menurut seorang individu yang ingin dikenali sebagai Razak, 45, rumput tersebut bakal diletakkan di halaman rumahnya sebagai tanda kenang-kenangan.

Bukan mudah nak dapat rumput dari stadium keramat Harimau Malaya ini. Saya harap rumput ini suburlah apabila berada di halaman rumah nanti. Terima kasih kepada pihak stadium kerana membenarkan rumput ini diambil percuma, sekurang-kurangya dapatlah pihak pengurusan mengeluarkan kos untuk membuang rumput yang tidak digunakan ini,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.