Afifah Nasir cuba elak untuk terlibat dengan penggambaran pada bulan Ramadhan, tapi terpaksa akur dengan tuntutan kerja

Biarpun cuba mengelakkan untuk terlibat dengan penggambaran pada bulan Ramadan, pelakon Afifah Nasir akur dengan tuntutan kerja dan menganggap ia sebagai cabaran bergelar anak seni. Bintang berusia 30 tahun itu kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama 40 episod Global Station, Bukan Puteri Lindungan Bulan yang juga sedang bersiaran di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam.

Kalau boleh saya memang nak elakkan terlibat dengan penggambaran pada bulan puasa, tetapi disebabkan ini adalah drama episod panjang, penggambarannya mungkin hanya akan selesai pada pertengahan April nanti. Bagaimanapun, saya seronok buat drama ini kerana dapat kerja dengan pasukan yang bagus. Pengarahnya, Pali Yahya juga sangat memahami dan buat kerja laju supaya kami semua dapat balik awal,” ujarnya kepada SinarPlus.

Mengulas tentang pembabitan yang dilihat kerap membintangi drama terbitan Global Station sehingga ada yang melabelkan dirinya sebagai ‘anak emas’ produksi terbabit, Afifah pantas menafikan. Meskipun begitu, Afifah yang juga adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, dia memang selesa bekerja dengan produksi sama kerana sudah ada keserasian dan memudahkan urusan kerja. Pada mereka yang mengikuti perjalanan kerjaya saya, memang ada yang perasan saya kerap berlakon dengan Global Station. Bukan sebab ‘anak emas’, tetapi secara jujurnya saya memang selesa bekerja dengan mereka.

Bukan bermaksud saya menolak bekerja dengan produksi lain, cuma kebetulan banyak naskhah daripada Global yang menarik perhatian saya. Sebelum menerima sesuatu tawaran, semesti saya akan meneliti skrip dan jalan ceritanya terlebih dahulu dan akan pilih yang terbaik. Kalau boleh saya mahu cari naskhah yang mampu bawa saya keluar dari zon selesa,” katanya yang tampil menerusi drama pertama, Aku Bukan Bimbo pada 2016. Anak keempat daripada lima beradik itu juga berkata, mengakui banyak terlibat drama episod panjang dan tidak pernah melihat ia sebagai suatu masalah buat dirinya.

Ada pelakon kurang minat buat drama episod panjang, tapi saya pula sebaliknya. Senang, tak perlu sibuk fikir fasal tawaran lain kerana kita sudah terikat dengan kerja tersebut dalam tempoh tertentu. Saya tak pernah rasa bosan atau penat kerana bila kita kerja bersama dengan pasukan dalam tempoh lama, masing-masing sudah macam keluarga. Kerja pun jadi lebih mudah kerana semua dah serasi. Dalam perkembangan lain, pelakon yang sudah membintangi lebih 30 buah drama itu turut jadi perhatian ramai dengan sisi komedi dalam dirinya yang semakin menyerlah selepas beberapa kali tampil dalam program Sepahtu Reunion.

Personalitinya yang mudah terhibur itu turut membuka peluang baharu buat dirinya apabila mula menerima tawaran membintangi drama komedi dan sitkom. Terima kasih Sepahtu Reunion kerana sering undang saya dalam program mereka sehingga hampir setiap musim saya ada. Cuma untuk edisi khas raya, saya tak dapat buat kerana terikat dengan penggambaran drama. Saya suka ketawa dan mudah terhibur, tetapi saya tak pandai buat komedi macam pelawak. Apa yang penonton saksikan dalam Sepahtu Reunion itu hanyalah aksi spontan berdasarkan situasi lakonan ketika itu. Alhamdulillah orang bagi respons positif, malah saya juga mula dapat banyak tawaran buat sitcom,” katanya yang baru sahaja tampil dengan sitkom Misteri Flat Kirana.

Kredit Sinar Plus. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.