Muat naik gambar di majlis berbuka puasa, ramai yang cair dengan senyuman Hael Husaini

Hael Husaini nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air. Hael lebih dikenali selepas dia menyertai satu pertandingan terbitan astro iaitu Akademi Fantasia. Selepas tamat program tersebut, rezeki Hael di dalam bidang nyanyian terus mencanak selepas dia memenangi Anugerah Juara Lagu yang ke-32 menerusi lagu Jampi. Kini hael sering tampil dengan fesyen-fesyen dari korea, dari rambut sehingga pakaiannya sering disamakan dengan artis-artis korea. Hael juga dikenali sebagai penyanyi yang sering tampil bergaya setiap kali melakukan persembahan, malah dari hujung rambut sehingga hujung kaki begitu dijaga rapi.

Komen Warganet:

Baru-baru ini, Hael memuat naik gambar di laman instagram miliknya, di mana dia menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama teman-teman selebriti yang lain. Antaranya Nabila Razali, Mk Clique, Syada Amzah, Ruhainies dan lain-lain. Gambar berkenaan mendapat perhatian dari warganet terutamanya bagi peminat-peminatnya yang cair serta terpegun melihat senyuman Hael. Di mana, rata-rata peminatnya memuji akan kecomelan senyuman Hael di majlis tersebut yang memukau perhatian mereka.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.