Akui vokal setanding Justin Bieber, Dato Aliff Syukri minta rakyat Malaysia terima keunikan vokal dia

USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri meminta rakyat Malaysia buka mata dan menerima keunikan vokalnya selepas lagu terbaharunya berjudul Chu Ku Chuk Raya yang dilancarkan pada Khamis menerima kritikan ramai. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, berkata, vokalnya yang unik sebenarnya setanding dengan beberapa artis terkenal luar negara seperti Justin Timberlake dan Michael Jackson yang mempunyai suara nyaring. “Saya dikritik hebat tapi apa saya buat ini kerana mahu hiburkan rakyat Malaysia sampai sanggup mengeluarkan wang sendiri sebanyak RM50,000.

“Saya nak buktikan pada rakyat Malaysia yang mereka kena hargai bakat sebab dalam hidup ini tak boleh nak anggap suara merdu sahaja (boleh menyanyi). Ada juga yang nak suara kepit dan nyaring. Saya adalah unik. Saya ini umpama Justin Timberlake, Justin Bieber dan Michael Jackson,” katanya. Aliff berkongsi perkara itu ketika hadir di majlis Astro Raya Screening 2023 yang berlangsung di Petaling Jaya pada Khamis. Meskipun mendapat pelbagai kritikan namun lagu tersebut sedang trending di YouTube dan berada di kedudukan kelima.

Dalam pada itu, Aliff menyifatkan pengiktirafan penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenai kedudukannya sebagai penyanyi nombor satu negara adalah bukti persaingan sihat di antara mereka. Kata Aliff, Siti sangat profesional malah sangat merendah diri kerana mengakui kedudukannya sekarang berada di belakangnya. “Alhamdulillah, Datuk Seri Siti Nurhaliza sedar diri… Saya sebagai artis nombor satu menganggap ini sebagai satu persaingan sihat. “Saya nombor satu, dan dia dibelakang saya. Benda ini rezeki dan Alhamdulillah Siti sangat profesional,” ujarnya.

Bercakap mengenai ada pihak yang membuat laporan polis terhadapnya, Aliff tidak kisah dengan perkara itu kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan. “Kepada mereka yang nak buat laporan polis, laporlah. Saya bukan pergl, pencr! dan penymn! Saya hanya nak tunjukkan bakat saya sahaja. Setiap tahun peminat tegar saya akan tanya. Mereka akan kemurungan, tak boleh sambut raya. Walaupun tak ada orang nak sokong termasuk isteri dan ibu saya tapi saya yakin dengan kekuatan suara dan vokal saya. Confirm viral,” jelasnya.

Berkongsi mengenai harapannya kali ini, Aliff berkata dia hanya mahukan lagu rayanya diterima ramai sekali gus disiarkan di radio mahupun televisyen. Jelas Aliff, itu merupakan hasratnya sebelum menutup mata. “Saya merayu kali ini saya tak ada buat tarian yang tidak elok, pakaian menjolok mata. Terima saya di televisyen dan radio. “Sebelum saya pergi menghadap illahi bagilah saya tengok muka saya di televisyen dan dengar suara saya di radio. “Dah empat tahun trending, kenapa korang masih tak boleh terima saya? Bagilah saya rasa sekali Anugerah Juara Lagu (AJL) tak menang tak apa… masuk sahaja,” luahnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.