Ramai yang dah tak keruan bila tahu Shaheizy Sam dan Intan Ladyana kembali berganding

Pasangan pelakon yang popular menerusi siri filem Adnan Sempit, Shaheizy Sam dan Intan Ladyana kembali bergandingan. Sam berkongsi video gandingan bersama Intan menerusi hantaran terbaharu di laman sosial Instagram miliknya. Di mana ada kemahuan di situ ada…… Dah 13 tahun, namun tetap seperti dahulu,” tulis Sam di ruangan kapsyen. Video tersebut adalah sebuah iklan untuk mempromosikan produk makanan yang terkenal. Penampilan dua pelakon hebat itu membuatkan peminat tidak keruan kerana teringat kembali filem Adnan Sempit yang dilakonkan oleh mereka berdua dan ia turut diselitkan sedikit aksi seolah-olah filem Polis Evo di penghujung video. Menjengah ke ruangan komen, warganet yang merindukan gandingan mereka berdua memberikan pelbagai respons terhadap video terbabit. Klik sini untuk lihat video.

Rindu korang berlakon! We want more. Ya Allah baru je duduk fikir, teringin nak tengok gandingan terbaru Adnan Sempit ke-5 pulak. Eh tiba-tiba Pak Mat buat, gandingkan Adnan dengan Nadia. Fuyyo Adnan Sempit version Pak Mat. Di mana ada kemahuan di situ ada highway,” tulis peminat di ruangan komen.

Sebelum ini, tular juga sebuah video mempromosikan produk makanan yang sama tetapi menampilkan pelakon Istanbul Aku Datang iaitu Datin Lisa Surihani dan Beto Kusyairy. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.