HATI siapa tak gembira apabila orang disayangi turut terlibat sama dalam pembikinan muzik, lebih-lebih lagi sempena perayaan Aidilfitri. Kalau sebelum ini sudah pernah berduet dengan Datuk Jamal Abdilah dan ahli politik Datuk Seri Faizal Azumu menerusi lagu “Moh Beraya” pada tahun 2020, tahun ini penyanyi Shiha Zikir membawa bersama ahli keluarganya pula untuk menjayakan lagu raya terbaharu iaitu “Jom Balik Raya”. Bagi pelantun lagu “Tusuk”, dia sangat teruja apabila ibunya menerima lamaran untuk bersamanya dalam muzik video tersebut. Ini pertama kali mak melibatkan diri. Sebenarnya mak Shiha pemalu orangnya. Dia seorang yang ‘low profile’ tapi kalau nak tahu dia lebih kelakar daripada Shiha.
Tapi bila Shiha dah cerita mengenai konsep, dia bersetuju dan bagaimana jalan cerita yang Shiha mahukan, dia bersetuju dengan beberapa sogokan,” katanya sambil tertawa. Selain ibunya, Shiha turut menampilkan kakaknya Ieda Zikir sebagai rakan duet untuk lagu tersebut. Menurutnya, selepas meneliti bait-bait lirik dan jalan cerita, dia berasakan bahawa kakaknya adalah pilihan yang sesuai untuk menjadi rakan duet dalam lagu tersebut. Pada mulanya nak buat solo, tapi bila saya tengok lirik, tengok semua jalan cerita, jadi saya rasa pilihan yang sangat tepat adalah kakak saya sendiri, sebab dia memang menyanyi dari dulu,” tambahnya.
Lagu “Jom Balik Raya” ciptaan Ajay Amai juga merupakan salah satu kolaborasi bersama badan organisasi kebajikan,Yayasan Prihatin Nasional. Sejak dilancarkan pada Ahad lepas, muzik video “Jom Balik Raya” sudah mendapat lebih kurang 47,000 tontonan di laman YouTube. Kredit Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.