Dah buat persiapan lafaz akad sejak umur 20 tahun, Syafiq Kyle luah rasa teruja nak tamatkan zaman bujang

Bakal bergelar suami, pelakon Syafiq Kyle teruja melakukan persiapan perkahwinannya dengan aktres Mimi Lana tak lama lagi. Memetik laporan, Syafiq menyatakan persiapannya untuk melafazkan akad sejak umur 20 tahun lagi ketika menjalankan penggambaran. “Alhamdulillah persiapan dah lengkap semua. Tunggu nak akad nikah saja. Saya dah berlatih (akad nikah) sejak umur 20 tahun lagi, dah banyak kali shooting. Insya-Allah dipermudahkan,” katanya. Ditanya tentang perasaan menyambut raya jika sudah berkahwin, Syafiq mengaku raya pasti berbeza apabila sudah menjadi suami.

“Perasaannya saya kena pilih nak beraya di rumah siapa. Perasaan beraya sebagai suami itu mestilah berlainan rasa. Tunggu jadi suami dulu,” ujarnya. Sementara itu, pelakon Seindah Kasih The Movie ini turut memohon doa orang ramai terhadap keputusan yang dibuat itu. “Doakan yang terbaik kerana kami juga inginkan yang terbaik. Doakan rezeki dan kebahagiaan kami.“Saya sendiri doakan untuk diri saya agar urusan ini dipermudahkan. Amin,” katanya lagi.

Sebelum ini, Syafiq Kyle membuat pengumuman tentang statusnya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan Mimi Lana selepas raya tahun ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.