Baru lepas berdebat dengan Bonda Rozita, sekali Dato Aliff Syukri tampil buat permohonan maaf pada TokTi

Usahawan berkontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berhubung gelaran ‘penyanyi nombor satu Malaysia’ yang sebelum ini konon miliknya. Menerusi sepotong video di laman TikTok, Aliff dilihat sedang berdebat dengan ibunya, Bonda Rozita Ibrahim mengenai gelaran tersebut. Menurut Rozita, dia membantah tindakan Aliff yang mencanang kepada umum dengan mengatakan dirinya penyanyi nombor satu negara selepas Siti. Bagaimanapun, Rozita yang juga seorang usahawan bersyukur apabila pelantun lagu Puernama Merindu itu tidak berkecil hati dengan tindakan anaknya itu. Klik sini untuk lihat video.

“Mak tengok ada orang komen dekat media sosial yang kau kata ‘kenal tak saya, saya artis nombor satu’ dekat Siti Nurhaliza. Kau kenapa? Bodo*lah kau ini, nasib baik Siti tak kecil hati. Maaflah Siti, anak saya memang macam itu. Dia tahu kamu penyanyi nombor satu. Kau tak baik Syukri, orang menyampah dengan kau nanti. Kau tak malu ke? Kalau Siti semua orang akui dan berapa banyak anugerah dia dapat, kau dapat anugerah apa? Kritikan sahaja. Pun begitu, ayah kepada enam cahaya mata itu masih berkeras hati dan tetap dengan pendiriannya bahawa dia layak memegang gelaran berkenaan. Malah dia sempat berseloroh dengan mengkritik nyanyain pemilik nama penuh Siti Nurhaliza Taruddin, 44.

Tidak apa, awak (Siti) jangan takut, walaupun awak duduk belakang saya, saya tetap akan sokong awak. Suara awak sedap, cuma ada pitching lari sikit. Awak kena ikut macam saya punya suara.” Enggan memanjangkan berdebatan dengan ibunya, Aliff akhirnya tampil memohon maaf kepada Siti dan mengakui silapnya kerana melukakan hati penyanyi kesayangan ramai itu. “Siti Nurhaliza, saya minta maaf kerana tidak sengaja melukakan hati awak. Sekarang disebabkan mak saya dah marah, saya jadi dekat belakang awak lah. Awak nombor satu. Saya serahkan saya punya anugerah saya kepada awak. Saya reda awak nombor satu. Saya minta maaf, saya janji tidak buat lagi. Awak ambillah balik nombor satu awak. Saya dah nombor dua, tidak apa lah. Terima kasih Siti Nurhaliza.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.