Berkahwin ketika usia 19 tahun, penyanyi Tajul Arif mengakui ada waktu susah dan senang selain manis serta pahit sepanjang perkahwinannya. Bagaimanapun, Tajul berkata sebuah rumah tangga itu akan mampu bertahan dengan tiga perkara antaranya kesabaran dan kewangan yang kukuh. “Berkahwin di usia muda ini ada susah dan senangnya. Ada manis dan pahit. Perasaannya bercampur baur. Nak bagi tips pun, rasanya saya belum cukup arif.
“Saya kahwin pun baru enam tahun tapi boleh saja berkongsi pengalaman sendiri. Kalau nak berkahwin pada usia muda, kena bersiap sedia tiga perkara iaitu kuatkan mental, sabar dan kukuhkan kewangan. Kalau tiada tiga perkara ini, rumah tangga tidak akan bertahan. Sebagai ketua keluarga, banyak perkara yang kita kena fikir. Bebanan pun banyak. Jadi, kena bersedia demi kebahagiaan kelurga,” kata Tajul kepada Gempak ketika ditemui di majlis berbuka puasa bersama FMC di Hotel Tenera, Bangi baru-baru ini. Untuk info, Tajul mendirikan rumah tangga dengan isteri iaitu Nurul Shamieza Eddie 10 Disember 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata Adriana Carissa dan Adrian Rifqy.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.