Ambil berkat hari terkahir Ramadhan, Tokti berangkat ke Makkah untuk tunaikan umrah

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengambil berkat hari-hari terakhir Ramadan tahun ini apabila berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Menurut Siti, dia akan berada di Tanah Suci hanya beberapa hari sahaja dan tetap akan pulang ke tanah air bagi menyambut hari raya Aidilfitri. Saya pergi sekejap sahaja. Saya bertolak pada 14 April dan pulang ke Malaysia pada 19 April.

Saya nak lepaskan rindu, tunaikan hajat saya. Sememangnya niat saya setiap tahun kalau tak ada halangan dan rintangan saya memang nak pergi setiap hujung ramadan iaitu 10 malam akhir ramadan. Bila saya buat keputusan ini saya juga sangat sibuk, hati saya ibarat memanggil-manggil. Mungkin saya dipanggil untuk menjadi tetamu Allah dan Allah permudahkan segalanya, Alhamdulillah. Dalam pada itu, disoal mengenai doa-doa yang diamalkan, Siti memohon segala doa dan hajatnya dimakbulkan tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa doa yang saya sentiasa amalkan adalah sentiasa diberi keampunan, keimanan saya dikuatkan lagi, semoga saya sentiasa perbaiki kelemahan dan kekurangan diri.

“Doakan kebahagiaan dan juga anak-anak saya, yang penting Allah lindungi dan beri rezeki supaya saya dapat bantu orang lain lagi, jangan jadikan saya orang yang tak bolh memberi kepada orang lain. Untuk seluruh umat Islam juga diberikan keampunan dan keberkatan,” kongsinya. Kredit Media Hiburan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut