Tular video Erra dengan Awie, tapi warganet persoalkan pulak tindakan Erra bersalam dengan Awie

Tindakan selebriti terkenal, Erra Fazira yang dilihat bersalaman dengan vokalis rock otai iaitu Datuk Awie mengundang kritikan dalam kalangan warganet. Difahamkan, kedua-dua penyanyi itu bertemu untuk mengadakan persembahan dalam acara Glam Ramadan Bazar Klebang, Melaka pada 2 April lalu. Menerusi akaun @lacristahotel di aplikasi TikTok, Erra dilihat menghulurkan tangan sebelum berjabat dengan Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman sebaik lelaki itu tiba di sebuah hotel. Klik sini untuk lihat video.

Meninjau di ruangan komen, ramai warganet mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Pasrah itu yang didakwa tidak menjaga batas apatah lagi membawa imej sebagai wanita berhijab. Bagaimanapun, terdapat juga segelintir individu mengimbau kisah cinta kedua-dua artis berkenaan yang terputus di pertengahan jalan suatu ketika dulu tetapi masih mempunyai hubungan baik antara satu sama lain.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.