Tiada tauliah mengajar, kali ni Ustaz Wadi Annuar perlu hadir ke JAIPs untuk diambil keterangan

Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub tetap perlu hadir ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 2 Mei ini untuk diambil keterangan. Ia susulan penyertaan pendakwah berkenaan tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis ketika menyertai program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang pada 30 Mac yang lalu.

Menurut Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, penukaran tarikh itu dibuat selepas Ustaz Wadi sendiri memohon untuk menangguh beberapa tarikh sesi siasatan oleh JAIPs yang sepatutnya dilaksanakan pada 17 April lalu. “JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai dan pihak media berhubung sesi siasatan dengan Wadi Annuar yang sebelum ini dijadualkan pada 17 April lalu namun Wadi Annuar memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan yang dikemukakan kepada JAIPs.

Kita menegaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan tetap diteruskan pada 2 Mei bersamaan Selasa hadapan dan tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi. Terdahulu, pendakwah bebas berkenaan sudah beberapa kali diminta untuk hadir ke pejabat JAIPs di Kangar untuk diambil keterangannya berhubung program dilakukan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis pada akhir bulan yang lalu.

Satu laporan polis juga telah dibuat oleh anggota penguat kuasa JAIPs selepas dihalang oleh pihak penganjur daripada bertemu dengan Ustaz Wadi untuk diambil keterangan berhubung tindakan memberi ceramah di negeri tersebut. Ustaz Wadi juga turut ditegur oleh Mufti Perlis yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Jabatan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas didakwa seakan mempersendakan peraturan serta titah oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai keperluan untuk mendapatkan tauliah sebelum memberikan sebarang ceramah agama di mana-mana masjid di negeri Perlis.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.