Ada yang pertikaikan bila tular video buka puasa dengan jiran dekat tengah jalan, sekali individu ini tampil dedah cerita sebenar

Memupuk semangat jiran tertangga ini memang seronok, dalam satu kawasan perumahan, mereka diibaratkan ‘saudara’ kita kerana saling memerlukan antara satu sama lain. Memang best kalau sekali sekala dapat berkumpul bersama macam satu video yang tengah viral ni. Dalam video tular yang telah meraih lebih daripada 4,400 jumlah reweets di Twitter itu menunjukkan jiran tetangga sedang berbuka puasa di tengah-tengah lorong kawasan perumahan mereka.  Dilihat beberapa keluarga membawa juadah mereka sendiri. Klik sini untuk lihat video.

Pastinya ramai yang terpegun melihat keakraban mereka ini, walaubagaimanapun, masih wujud pertikaian daripada warganet kerana dianggap telah menghalang dan mengganggu kenderaan lain yang nak lalu disitu. Terpanggil dengan kritikan tersebut, pemilik video, Eyna Mansor tampil beri kenyataan untuk menjelaskan perkara sebenar. Tidak menyangka bahawa video itu akan tular, Eyna menjelaskan bahawa dia bersama jiran-jiran sudah merancang untuk buka puasa bersama.

Katanya, kejadian ini berlaku pada 1 April lalu di Bukit Kuantan, lorong kawasannya itu ada 10 rumah tapi hanya separuh sahaja yang menyertainya, mereka bawa makanan dan tikar masing-masing. Tambahnya lagi, berkenaan dengan kritikan dalam bab jalan, Eyna menegaskan bahawa situ memang jalan mti. Jadi, mungkin ini lah yang membuatkan mereka tak kisah nak makan kat situ, patut lah. Harap jangan lah pertikai lagi.