Nana memenuhi impian anknya nak ada adik, sekali bila tengok gelagat dia jaga adik tu buat ramai yang terhibur

Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana tampil memenuhi permintaan anaknya, Rayyan Nakhaie yang teringin untuk mempunyai adik. Menerusi perkongsian di TikTok, Nana telah mengambil anak rakan baiknya yang bernama Ariq dan meminta Rayyan untuk menjaganya. Lebih menarik lagi, Nana telah menyatakan kepada putera kesayangannya itu bahawa dia sudah mengambil anak angkat untuk memenuhi permintaannya. Cuba pujuk dia Rayyan, mama dah ambil anak angkat ni. Hari ni mama nak Rayyan jaga dia sampai dia tak nangis,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam perkongsian tersebut, bayi yang bernama Ariq itu kelihatan takut dan sering menangis apabila dirinya didekati Rayyan. Akur dengan arahan ibunya, Rayyan tetap menjaga Ariq dengan sehabis baik biarpun memerlukan bantuan daripada ibunya, Nana. Geli hati melihat gelagat anak lelakinya itu, Nana tampil berterus terang dengan anaknya dengan menyatakan bahawa Ariq itu merupakan anak kepada kawan baiknya. Rasakan! Nak sangat adik! Mama bagi adik! Ingat senang jaga budak?,” tulisnya di kapsyen.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.