Dah lama simpan niat nak kahwin dengan Mira, View Chin akui da bersedia nak peluk Islam

Pempengaruh TikTok, View Chin mengaku bersedia memeluk agama Islam sekali gus menikahi pekerjanya Amirah Aqilah selepas bekas isteri lelaki itu mendedahkan kedua-duanya mempunyai hubungan sulit. Menurut laporan eksklusif Kosmo!, View Chin mendedahkan, dia sedang mendekatkan diri dengan agama Islam dan merancang untuk ‘menghalalkan’ Amirah atau mesra dipanggil Mira tidak lama lagi. “Buat masa ini saya ingin uruskan masalah saya dengan Ah Moi (bekas isteri) dan apabila perkara ini sudah setel (selesai) dan kembali se­perti sedia kala, saya akan me­ngahwini Mira.

“Ketika ini juga saya mula belajar tentang Islam dan mendekatkan diri dengan agama Islam. Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu. “Ya, memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali (Indonesia) sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya, sebab itu dia menemani saya ketika itu,” katanya. Pengasas View Fashion itu berkata, dia sudah lama berniat untuk memperisterikan Mira apatah lagi selepas menge­tahui ketidak setiaan bekas isteri sejak tiga tahun lalu.

Bercerita lanjut, View Chin menyifatkan Mira adalah teman baiknya malah sering berkongsi pelbagai perkara termasuk meluahkan soal peribadi. “Mira tahu semua, tentang ketidak setiaan Ah Moi, tentang Ah Moi pernah ugt saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh menerima anak-anak saya. “Dia antara staf dan teman paling rapat, sangat baik, prihatin dan sentiasa memahami perasaan saya. Saya selesa meluahkan segalanya kepada Mira,” ujarnya. Mengulas tentang perpisahan, View Chin berkata hubungannya bersama Ah Moi sudah berakhir sejak Disember tahun lalu dan mengambil keputusan untuk berdiam sebelum ini kerana memikirkan masa depan anak-anak mereka.

“Ah Moi masih lagi ‘lady boss’ dan begitu juga Mira rakan kongsi saya di syarikat tersebut, namun kedudukan Ah Moi dalam syarikat akan saya tentukan selepas ini sekiranya dia mengambil sebarang tindakan termasuk undang-undang. Mira banyak uruskan syarikat bersama saya selama ini, dari uruskan ‘live’ di TikTok sehinggalah urusan marketing dan sebagainya. Jadi buat masa ini, Mira terpaksa ‘bersembunyi’ kerana dia masih trauma dengan apa yang berlaku termasuklah keluar­ganya yang turut terpalit,” kongsinya.

Tambahnya, dia belum mengambil sebarang undang-undang terhadap bekas isteri namun akan bertindak sekiranya dihalang daripada bertemu anak-anak. Terdahulu, nama View Chin dan Mira menjadi bualan hangat warganet di media sosial selepas Ah Moi mendedahkan bekas suaminya berlaku tak setia dengan salah seorang pekerja mereka. Sumber: Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.