Pemergian yang dicemburui, wanita pergi menghadap illahi ketika membaca al Quran

Tular di media sosial Indonesia satu klip video memaparkan detik seorang wanita pergi menghadap illahi ketika sedang membaca al-Quran di sebuah masjid di Bandung, Jawa Barat. Video itu dimuatnaik dalam akaun Instagram @ndorobei.official, hari ini, lapor Tribunnews Kejadian berlaku ketika Majlis Taklim Nurunnisa di Masjid Babussalam di Bandung, pada 9 April lalu. Dalam majlis berkenaan, wanita yang baju putih itu pada mulanya dilihat mengetuai bacaan al-Quran bersama jemaah lain. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, tiba-tiba dia berhenti membaca dan kelihatan tertunduk lemah. Tidak lama kemudian, wanita itu jatuh terlentang ke belakang dan tidak sedarkan diri. Jemaah wanita lain kemudian membantu wanita itu beristighfar dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Difahamkan, wanita berkenaan pergi menghadap illahi selepas khatam al-Quran.

Video itu mendapat perhatian warganet di ruangan komen. pergi pada Ahad, selepas khatam terus menghafaz al-Quran, husnul-khatimah,” komen warganet. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.