Dah lepasi fasa yang sama dulu, Ziana Zain kesian dengan nasib beberapa selebriti yang ada masalah rumahtangga

Penyanyi, Ziana Zain, 55, kasihan dengan nasib beberapa selebriti yang diduga pelbagai masalah rumah tangga sejak kebelakangan ini. Ziana berkata, dia bagaimanapun tidak terkesan dengan berita-berita sebegitu memandangkan dia sudah melepasi fasa yang sama dulu. Tak ada langsung. Saya sudah laluinya lima tahun lalu, alhamdulillah. Cuma kita kasihan sajalah. Nasib-nasib mereka yang baru menghadapi hal-hal ini. Tapi, ‘all the best’, kena ingat segala dugaan Allah bagi ada yang baik menanti kita. Maka kita akan jadi positif,” katanya. Penyanyi Madah Berhelah itu juga percaya dia tidak layak memberi nasihat buat mereka yang berdepan dugaan sebegitu. Baginya, situasi setiap orang lain-lain.

Tepuk dada, tanya selera. Mereka yang tahu diri, keadaan dan masalah mereka. Kita tak boleh nak bagi nasihat sebab kita tidak berada dalam situasi itu. Semoga yang terbaik, minta doa banyak-banyak pada Allah. Semoga Allah permudahkan, itu saja. Menangis pun tak guna sebab semua jalani kehidupan berlainan. Berlainan isu. Jadi, kalau kamu nak bangkit ke tak bangkit, ikut kamu. Apa yang kamu mahukan dalam hidup? Kamu mahu kekal atau mahu maju ke hadapan. Pada Mei 2018, bekas suami Ziana, Armin Zaharin, 58, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mcdrakan anak lelakinya.

Perkahwinan mereka selama 20 tahun secara rasminya berakhir apabila Armin melafazkan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018. Ziana dan Armin mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, Muhammad Ammar serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.