Terpaksa kurangkan perbelanjaan ank, Aida Azira tak setuju kalau jumlah anak dikurangkan jadi RM1300

Bekas isteri kepada penyanyi Sam Bunkface, Aida Azira Hussin tidak bersetuju sekiranya jumlah nafkah anak mereka sebanyak RM1,300 dikurangkan. Memetik laporan Berita Harian, Aida berkata begitu ketika disoal balas peguam syarie, Liyana Sihar yang menjadi peguam kepada Sam dengan alasan anak mereka, Maleeq, 7, tidak dapat menjalani kehidupan sempurna sekiranya nafkah tersebut dikurangkan. Menurut Aida, sekiranya nafkah bulanan dipinda, dia perlu mengurangkan kos perbelanjaan yang melibatkan anaknya.

“Sekiranya nafkah dikurangkan, bermakna saya perlu kurangkan perbelanjaan anak. Kos itu termasuk tempat tinggal, makanan, pakaian, perubatan, pengangkutan ke sekolah dan utiliti seperti bil air dan elektrik. Jika dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan Maleeq di mana setiap kali mengambilnya dari sekolah, anak saya berbelanja kira-kira RM15 untuk membeli makanan seperti ais krim dan ‘toys’ (permainan). Selain itu, anak tidak selesa kerana perlu mengehadkan penggunaan penghawa dingin yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar).

Aida memaklumkan bahawa jumlah nafkah anak sebanyak RM1,300 yang diperoleh daripada Sam digunakan untuk membayar pelbagai keperluan seperti insurans dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang perlu dibayar secara bulanan, serta perubatan dan makanan. Dalam pada itu, Aida selaku defendan turut beranggapan bahawa pendapatan Sam sama sekali tidak terjejas ketika pandemik yang lalu kerana adanya royalti namun tidak pasti sama ada bekas suaminya itu memperoleh bayaran atau tidak.

Selepas selesai sesi soal balas yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari itu, Hakim Syarie Shukran Yusof telah menetapkan tarikh baru iaitu 26 Jun depan bagi prosiding pemeriksaan balas yang akan dilakukan peguam syarie mewakili Aida. Terdahulu, pada 28 Mac, Sam dan Aida hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sebutan kes pindaan nafkah anak mereka.

Namun begitu, Aida sekeras- sekerasnya tidak bersetuju dengan permohonan dibuat vokalis kumpulan Bunkface itu dan memintanya mengemukakan bukti tidak mempunyai pendapatan atau tawaran persembahan seperti yang didakwa. Sam kemudiannya membuat satu kenyataan balas menepis tuduhan Aida berhubung dakwaan mengabaikan tanggungjawab terhadap anak tunggal mereka, Maleeq melalui media sosial.

Sam atau nama sebenar, Shamsul Annuar Baharum, 35, turut mengulas punca jumlah nafkah anak mereka, dikurangkan, daripada RM1,300 kepada jumlah yang mampu dilunaskan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana mendakwa punca pendapatannya sangat terhad, selain lebih dua tahun perniagaan diusahakan terjejas. Untuk info, Sam mendirikan rumah tangga dengan Aida yang juga penerbit di sebuah stesen televisyen (TV) pada 25 April 2015, namun bercerai empat tahun kemudian.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.