Besar pengorbanan cikgu ni, warganet sebak bila tengok badan guru penuh dengan lumpur sebelum sampai sekolah

Tidak dapat dinafikan, menggalas jawatan sebagai seorang guru yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa bukanlah satu perkara yang mudah. Mana tidaknya, profesion tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalm melahirkan generasi berilmu tambahan pula ditugaskan di kawasan sekolah pedalaman yang sudah semestinya mempunyai pelbagai halangan dan dugaan yang mencabar. Perkara tersebut dialami oleh tenaga pengajar dan pekerja di Sekolah Kebangsaan Balar yang terletak di Gua Musang, Kelantan, mereka terpaksa mengharungi beberapa halangan sebelum sampai di sekolah tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru di laman TikToknya, dia menunjukkan perjalanan untuk sampai ke sekolah tersebut bersama dengan sahabat sekerja yang lain dengan menaiki motosikal. “Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Hari Guru Mei 2023 untuk dikenang guru sejagat. Kami guru pendalaman mengucapkan terus berjuang!” ujarnya di ruangan kapsyen. Dalam video yang berdurasi satu minit itu, kelihatan guru-guru dan staf sekolah sedang bergelut dalam melepasi cabaran seperti meredah jalan berliku-liku, berlumpur dan melalui sungai cetak.

Apa yang lebih menyayat hati, tubuh badan mereka dipenuhi dengan lumpur sebelum sampai ke sekolah dan kadang-kala terjatuh daripada motosikal ketika melalui jalan yang licin tanpa tar. Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan pengorbanan guru-guru di sekolah pedalaman yang sangat komited dalam menjalankan amanah dan wajar diberi penghargaan apabila mengenangkan jasa mereka. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Netizen juga tidak melepaskan peluang dalam menzahirkan ucapan terima kasih buat guru-guru dan staf sekolah pedalaman dan mendoakan agar urusan mereka sentiasa dipermudahkan dan dilindungi Allah selalu. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.