Akhirnya terjawab teka teki warganet, Rita Rudaini tampil dedah punca Airit patah tangan

PUNCA kelukaan pada bahagian tangan anak pelakon Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan terjawab apabila aktres itu memaklumkan ia akibat kejadian ketika bermain bola sepak. Menurut Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, anak sulungnya itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami patah pada bahagian tangan kanan sehingga perlu menjalani operasi. “Main bola kena tackle (bentes), patah tangan. InsyaAllah boleh main lagi sebab bukan patah kaki. “Mummy cakap pakcik-pakcik dia main bola jatuh berguling, kena tackle tapi tak ada patah tangan. Rayyan tanya macam mana mereka buat?

“Haa, itu nanti jumpa Rayyan tanyalah,” katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu. Gara-gara kejadian itu, Rita berkata anaknya mengalami tekanan kerana tidak boleh menggunakan sebelah tangannya buat masa ini. “Rayyan kadang-kadang down. Emosi tak tentu juga. Kadang dia okay cakap banyak, kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan saja boleh guna. “Susah untuk dia bergerak. Insya Allah Mummy selalu doa semoga dipermudahkan,” ujarnya.

Pada Khamis lalu, Rita memuat naik video menunjukkan keadaan Rayyan yang sedang menerima rawatan di hospital. Pelakon filem Mami Jarum itu bagaimanapun tidak terus berkongsi punca kecederaan yang dialami Rayyan dan meminta peminat untuk menantikan episod yang seterusnya. “Kejadian minggu lepas, hari pertama sekolah. Selepas cuti hari raya. Isnin hantar sekolah, Selasa dah patah tangan. “Sebab…. bersambung episod 2,” katanya.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 namun mereka berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.