Dah kurang dapat tawaran berlakon, Ali Puteh kini aktif dalam bidang perniagaan dengan jual pakaian kanak kanak

PELAWAK Ali Puteh kini aktif dalam bidang perniagaan dengan menjual pakaian kanak-kanak dan minyak wangi sebagai cara menambah pendapatan. Ali atau Syed ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia juga tidak menyangka sambutan diberikan pelanggan memandangkan hanya menjual menerusi video siaran langsung di TikTok. “Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.

“Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga. Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya. Dalam pada itu, Ali berkata, meskipun sudah kurang dapat tawaran berlakon namun dia tetap bersyukur dapat menceburi bidang perniagaan. Malah dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedainya sendiri tidak lama lagi.

“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.