Selamba je dah buat lepas tu lari, Dini Schatzman luah rasa kecewa bila kereta kesayangan calar teruk

PELAKON Dini Schatzmann meluahkan rasa kecewa apabila kereta mewah miliknya dilnggr lari oleh pemandu tidak bertanggungjawab. Dini atau Dini Azan Schatzmann, 29, berkata dia sudah sebaik mungkin menjaga kenderaan kesayangannya itu namun bahagian depan calar teruk akibat disagat kereta lain. “Simpan kenangan di sini. Punyalah susah nak jaga kereta sampai tak nak bagi ada satu pun calar. “Senang-snang sahaja dia lnggr lari kereta saya,” katanya.

Dini berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan keadaan kereta mewahnya bersama kesan calar. Bagaimanapun, Dini enggan meratapi kejadian tersebut memandangkan perkara itu sudah pun berlaku. Namun Dini berharap agar orang ramai menjadi pemandu bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak disengajakan dan bukannya melarikan diri. “Hendak menangis pun benda dah jadi. Kepada sesiapa diluar sana terlanggar kereta orang, tolonglah jadi orang bertanggungjawab di atas kesilapan dilakukan.

“Cuba cari jalan penyelesaian secara baik,” katanya. Perkongsian Dini itu turut membuatkan pengikutnya berasa sakit hati dengan kejadian menimpa Dini. Malah mereka mengakui turut terasa sakit melihat kesan calar pada kereta aktor berkenaan. “Aduh terasa sakitnya. Tadi kadang-kadang kita jaga sangat, itu yang calar teruk. “Luka yang tak berdrh, cuba periksa CCTV mana tahu dapat jumpa siapa yang langar,” antara komen warganet.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.