Ayie Floor 88 terpaksa ambil keputusan untuk tutup kedai, terkejut bila dapat tahu pekerja sendiri ambil duit sampai RM13k

Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham mengambil keputusan untuk tutup perniagaan kafenya di kawasan Setapak, Kuala Lumpur oleh kerana beberapa faktor yang terjadi. Menerusi laporan Berita Harian, Ayie menghadapi gangguan sihir pada Disember lalu.Difahamkan, perniagaan kafe yang diusahakan oleh Ayie itu sudah beroperasi lebih dari dua tahun dan hampir RM100,000 dikeluarkan untuk modal. “Kafe ini mula beroperasi sejak pertengahan 2020. Namun, ada perkara misteri yang berlaku lima bulan selepas itu. Antaranya adalah pelanggan tak nampak kafe kami atau kelihatan seperti tidak beroperasi. Selain itu, nasi yang dimasak menjadi basi dalam tempoh beberapa jam.

“Saya berjumpa ustaz dan difahamkan kafe memang terkena gangguan sihir oleh individu yang tidak senang melihat kejayaan dan kebahagiaan saya. Tambahnya lagi, usahanya dalam berubat sebanyak 10 kali itu seperti tiada penghujung kerana sihir yang kerap kali datang kembali. Selain daripada itu, pemilik lagu ‘Zalikha’ tersebut turut memaklumkan ditipu oleh juruwang iaitu kakitangannya sendiri. Katanya, untung yang diperoleh seperti tidak cukup kerana sambutan yang meriah di kafenya. Namun, segalanya terbongkar apabila dirinya memeriksa sendiri di kamera litar tertutup (CCTV).

“Saya tak tahu juruwang ambil duit sebanyak RM13,000. Dia buat secara senyap. Meskipun ramai pelanggan dan jangkaan untung antara RM1,000 hingga RM2,000 satu malam, tapi jumlah untung yang diberikan hanya RM500. Disebabkan serabut dengan isu gangguan sihir dan wang kafe hilang, saya mengambil keputusan untuk menutup perniagaan.” Difahamkan, Ayie membuat laporan polis namun enggan kakitangannya itu dimasukkan ke dalam dan memilih untuk menyelesaikan hal tersebut secara bersemuka.

Sumber: Berita Harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.