Diminta untuk jadi perempuan sejati, penampilan terkini Cik B teruk kena kritik dengan warganet

Perkongsian terkini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi bualan warganet di media sosial. Menerusi Instagram, Cik B atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berkongsi fotonya yang menggayakan baseball long sleeve loose shirt berwarna kuning serta solekan pada wajahnya. Walaubagaimanapun, penampilan Cik B mendapat reaksi negatif dari segelintir warganet yang menegurnya sebagai perempuan yang menyerupai lelaki, malah ada yang memberi teguran terhadap kening Cik B yang telah sedikit dicukur pada bahagian kiri.

Komen Warganet:

Biarpun mendapat kritikan dari segelintir warganet, Cik B dilihat tidak memberikan sebarang respon serta komen terhadap kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya itu. Terdahulu, Cik B pernah jadi perhatian ramai apabila menggayakan potongan rambut terbaharu yang dipanggil sebagai mullet. Gaya rambut terbaharunya mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang memuji Cik B kelihatan lebih bergaya, malah ada yang menyifatkan gaya rambut tersebut membuatkan Cik B kelihatan serupa seperti adik lelakinya, Kacak.

Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.