Teringin nak cuba pegang watak penyondol, Bella Astillah terbuka untuk terima sebarang watak

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah terbuka untuk menerima sebarang watak termasuk ‘penyondol’ atau perampas kebahagiaan rumah tangga orang dalam lakonannya selepas ini. Menurut laporan Utusan, pelakon berusia 29 tahun itu berkata, pemilihan tersebut dianggap sebagai proses pembelajaran supaya dapat menjadi lebih menyerlah dalam bidang lakonan. “Teringin juga cuba, kalau ada saya terima sebab realiti kehidupan memang sudah ada (penyondol). Saya okay sahaja sebab hendak tahu juga apa yang mereka (penyondol) rasa? Seronok ke? Bukankah hidup akan menjadi tidak tenang, rasa takut,” katanya.

Mengulas lanjut, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu menyifatkan watak tersebut berjaya sekiranya terdapat penonton yang meluahkan rasa benci terhadap dirinya. “Bila sudah jadi pelakon kita akan cuba apa juga watak yang diberi. Daripada situ kita akan melalui pengalaman. Kalau tak buat, sampai bila-bila kita tidak akan melalui proses tersebut,” ujarnya. Sementara itu, Bella memaklumkan, dia juga ada meminta pandangan daripada suaminya yang juga pelakon, Aliff Aziz sebelum menerima sebarang tawaran lakonan. “Begitu juga dengan Aliff, kita sama-sama berkongsi. Aliff pun akan tanya pandangan saya kalau dapat tawaran. Kalau dulu kita masing-masing, sekarang kita lebih banyak berkongsi,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga pasangan itu beberapa kali diuji dan mereka pernah berpisah pada Mei 2019 namun disatukan semula pada April 2020. Hasil perkahwinan, Bella dan Aliff dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Ayden Adrian, 6, dan Ara Adreanna yang kini berusia tiga tahun. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.