Hanya ambil masa beberapa jam je dalam bilik bersalin, Fizo Omar luah rasa syukur isteri dah selamat bersalin ank kedua

PELAKONĀ Fizo Omar berkongsi berita gembira isterinya iaitu Fazeera Nazri selamat melahirkan anak kedua di Hospital Andorra, Seri Kembangan, Selangor pada pukul 5.57 petang Jumaat. Bersyukur proses kelahiran dipermudahkan, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, memberitahu bayi perempuan seberat 3.07 kilogram itu berada dalam keadaan sihat. “Isteri saya Fazeera telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada pukul 5.57 petang.

“Syukur Ya Allah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di bilik bersalin untuk melahirkan secara normal,” katanya. Fizo berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Jumaat. Dalam pada itu, aktor berkenaan juga berkongsi rasa teruja kerana berpeluang menyaksikan sendiri proses bersalin dan menyambut kelahiran anak ketiganya itu. Fizo turut mengucapkan terima kasih buat doktor dan petugas hospital yang membantu menguruskan urusan bersalin isterinya itu.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar daripada rahim ibunya. “Ya Allah tak terkata. Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga hospital di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” ujarnya. Untuk rekod, Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021 di sebuah masjid di Hulu Klang dan majlis resepsi pula diadakan secara tertutup di sebuah resort di Janda Baik.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda yang kini berusia 11 bulan.Fizo sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun berpisah pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Wan Maryam yang kini berusia enam tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.