Dalam masa 3 jam tiket habis dijual, ramai yang bengang bila ada pihak yang jual semula tiket Coldplay dengan harga RM43k

Hari ini adalah hari ‘pertempuran’ bagi peminat yang mendapatkan tiket band popular dunia, Coldplay. Sayangnya, seperti dilihat dalam pelbagai platform media sosial, banyak yang ‘tewas’ dalam peperangan mendapatkan tiket secara maya. Tiket konsert dari jelajah Spheres World Tour itu malah diumumkan oleh Live Nation Malaysia telah habis dijual sekitar pukul 1 petang iaitu dalam tempoh tiga jam selepas penjualan dibuka.

Malah lebih membuat banyak pembeli yang gagal mendapatkan tiket ‘naik hantu’ apabila ada pihak yang mula menjual tiket yang telah dibeli dengan harga tidak masuk akal. Kumpulan ‘scalper’ atau pembeli tiket hantu dilaporkan menjual tiket konsert tersebut sehingga mencecah RM43,000! Ironi, harga asal untuk kategori 1 hanyalah RM1,288! Sementara untuk yang lainnya, kebanyakan harga tiket dinaikkan sehingga dua kali kanda daripada harga asal. Sebagai contoh, kategori 3 yang berharga RM658 kini dijual semula pada harga RM1,400.

Terdahulu penganjur juga mendedahkan sekitar 400,000 orang telah menyertai pertempuran maya untuk mendapatkan tiket bagi menonton Coldplay yang pertama kali akan melakukan konsert di Malaysia. Coldplay dijadualkan bertemu lebih 85,000 peminat bukan saja dari Malaysia tetapi dijangka hadir dari negara Asia terdekat seperti Singapura dan Thailand di Stadium Bukit Jalil menerusi siri jelajah Spheres World Tour pada 22 November 2023 ini.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.