Kongsi kisah duka kehilangan ank ketiga, ramai yang kritik ada founder yang gunakan Shu untuk tujuan pemasaran

Isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri baru-baru ini berkongsi kisah duka tentang kehilangan anak ketiganya. Namun perkongsian itu menerima kritikan warganet kerana video tersebut dilihat hanyalah untuk mempromosikan tudung. Menerusi video yang dimuat naik di Instagram (IG), Shuhada meluahkan tentang keterujaanya ketika mengetahui dia hamil. “Doktor cakap baby dah besar dan sudah boleh diberi nama. Jadi saya pun berborak dengan anak-anak yang saya akan memanggilnya Uwais.

Bagaimanapun, Shuhada tetap reda menerima takdir yang tertulis dan dia turut memohon maaf kepada anak-anaknya kerana tidak dapat melahirkan anak bongsunya itu. “Saya hanya berdoa agar Allah redakan hati saya dengan takdir hidup saya. Semoaga Allah redakan juga hati anak-anak saya. Umairah ada kata ‘Uwais tunggu kita di syurga kan ibu?’ Ibu minta maaf sebab tak berjaya keluarkan Uwais ke dunia yang agak kjm ini.”

Pada akhir video tersebut, terselit satu iklan tudung yang telah mendapat kritikan warganet di ruangan komen. Warganet dilihat kurang senang dengan tindakan pengasas tudung tersebut yang sengaja menggunakan simpati kepada kisah sedih Shuhada. Walau bagaimanapun, tinjauan kami mendapati video tersebut telah dipadam. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.