Dapat jemputan untuk hadiri jamuan makan, terkejut bila dah balik tuan rumah paksa tetamu untuk bayar RM109 seorang

SIAPA yang tidak gembira apabila mendapat jemputan untuk menghadiri jamuan makan. Bukan sahaja dapat menikmati aneka makanan secara percuma, tetamu juga berpeluang untuk berkenalan dan menghabiskan masa dengan bersantai bersama-sama. Namun lain pula halnya dengan perkongsian seorang individu mengenai majlis jamuan yang dihadirinya baru-baru ini. “Kami dijemput ke rumah kawan untuk makan malam. Kami bawa bersama sebotol wain yang bagus sebagai buah tangan.

“Selepas menikmati aneka makanan enak, tuan rumah kemudian menghantar mesej untuk meminta wang daripada setiap tetamu. Bagi saya, ini tak masuk akal! “Dan saya tak rasa ada yang mahu membayarnya jika saya bertanya kepada mereka!” luahnya dalam forum Mumsnet. Menurut individu berkenaan, setiap tetamu dikenakan bayaran berjumlah Rs2,000 (RM109.57). Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang meluahkan rasa geram malah mengkritik tuan rumah. Bagi mereka, sekiranya mahu mengenakan bayaran, tuan rumah sepatutnya memaklumkan tetamu lebih awal untuk menampung kos makanan mereka sendiri.

Bagaimanapun individu berkenaan tidak menyatakan sama ada dia dan tetamu lain membayar untuk makanan masing-masing. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.