Ada 2 ank tiri lepas kahwin banyak belajar kehidupan sebagai ibu, ini pula luahan dari Mawar Rashid

MEMILIKI dua orang anak tiri selepas berkahwin banyak mengajar pelakon Mawar Rashid mengenai kehidupan sebagai seorang ibu. Kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, di awal perkahwinan dengan suami iaitu Raf Yaakob, dia sudah diberikan rezeki merasai pengalaman indah bergelar seorang ibu. “Selamat hari ibu untuk saya. Ibu kepada lima orang anak. Tiga orang yang saya lahirkan dan dua orang yang rezeki Allah bagi daripada perkahwinan terdahulu suami.

“Rayyan dan Raysaa banyak bagi Mummy belajar untuk jadi seorang ibu. Dulu Mummy selalu tertanya adakah perasaan seorang ibu sebegini indah, perasaan bahagia dan sayang bersama anak,” katanya. Mawar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena sambutan hari ibu yang diraikan pada Ahad. Mawar bagaimanapun berkata persoalan mengenai perasaan sebagai ibu itu lebih difahami selepas dia melahirkan anak sulungnya, Rafael.”Selepas saya sudah melahirkan Rafael barulah saya mendapat jawapan.

“Ya perasaan yang sama. Bahagia dan sayang serta sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak semua,” ujarnya. Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan. Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.