Diduga dengan pelbagai ujian, Haqiem Rusli muat naik gambar lepas solat dengan isteri

Penyanyi, Haqiem Rusli akui bahawa sejak kebakangan ini dia dan isteri, Anis Sofea telah diduga dengan pelbagai ujian. Pelantun lagu, Tergantung Sepi ini menyatakan walau apa yang terjadi, dia dan Sofea akan melaluinya bersama-sama. “Banyak dugaan datang menimpa, tapi kita lalui sama-sama tau sayang, I love you so much,” tulisnya. Dia menyertakan luahan hatinya itu bersama sekeping gambar swafoto dia dan isteri yang memakai pakaian solat. Mereka juga dilihat bahagia berdua dan tersenyum walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi.

Baru-baru ini, Anis Sofea telah mendapat kritikan hebat warganet apabila mengambil keputusan membuka tudung ketika Aidilfitri tempoh hari. Dia yang berkongsi gambar di Instagram tanpa bertudung telah membuatkan para peminat kecewa kerana wanita berusia 21 tahun itu begitu cantik apabila mengenakan hijab. Disebabkan itu, Haqiem Rusli teruk dikritik sesetengah warganet yang mengatakan dia tidak pandai mendidik isteri. Hal tersebut susulan tindakannya sebelum ini yang sentiasa menutup aurat peminat perempuan ataupun kenalan wanita setiap kali memuat naik posting terbaru di media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.