Tular video pandu kereta mewah, warganet puji sikap rendah diri Jep Sepahtu tak pernah tayang kereta

Tindakan pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu memandu kereta mewah miliknya sekali lagi mengundang perhatian orang ramai di media sosial baru-baru ini. Rakan artis, Angah Raja Lawak memuat naik satu rakaman di InstaStory memaparkan pelawak berusia 38 tahun itu sedang memandu keluar kereta model Bentley dari kawasan parkir di tempat kerja mereka. Apa yang menarik perhatian adalah pelbagai reaksi diberikan warganet sebaik mengetahui penyampai radio Sinar FM itu memandu kereta mewah berwarna hitam tersebut sebagai kegunaan harian. Klik sini untuk lihat video.

Rata-rata memuji sikap merendah diri Jep kerana walaupun dilihat berharta, dia lebih memilih untuk menunjukkan sisi kesederhanaan sekali gus tidak mempamerkan kemewahan di media sosial. Malah, segelintir individu juga menyifatkan pelawak berkenaan layak untuk memiliki kenderaan mencecah jutaan ringgit hasil kerja keras dalam industri seni sejak dari dulu lagi.

Sekadar info, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri bin Zainal Abidin berkahwin dengan pelakon Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 5, Muhammad Khidir, 3, dan Abu Bakr, 2. Jep turut mempunyai dua anak tiri lelaki iaitu Barr Al Aliy, 13, dan Baasit Al Haq, 12. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.