Ernie Zakri meluahkan rasa bangga apabila wajahnya hiasi papan iklan digital, New York Times Square.

 Penyanyi, Ernie Zakri meluahkan rasa bangga apabila wajahnya terpampang di papan iklan digital, New York Times Square. Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 30, berkata penampilannya itu mewakili negara sempena kempen Equal oleh wadah penstriman muzik digital, Spotify.

Saya tak pernah terbayang yang satu hari nanti wajah akan terpampang di papan iklan digital New York Times Square yang memang dikenali seluruh dunia. Semestinya, saya sangat gembira dengan berita ini. Alhamdulillah, ia sememangnya salah satu kejayaan terbesar dalam kerjaya saya sebagai seorang artis. Ernie dikenali sebagai penyanyi memiliki vokal hebat berkata, tahun ini banyak memberi kenangan manis buatnya secara peribadi. Malah, dia mempunyai banyak perancangan.

Saya bercadang untuk menghasilkan lebih banyak lagu dan juga mungkin sebuah album pada hujung tahun ini. Banyak yang sudah saya rancangkan jadi tolong doakan semuanya dimudahkan,” katanya.

Juara Bintang RTM 2009 ini pernah mencipta kejayaan dengan memenangi Anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu Gundah. Terdapat 35 senarai playlist tempatan Equal yang merangkumi artis dari lebih 50 negara dengan Ernie turut mewakili senarai playlist Equal Malaysia dan Singapura.

Mengulas mengenai perkara itu, Ernie menyatakan bahawa penguat semangat dan pendorong dirinya selama ini adalah keluarga tercinta. Dulu saya fikir bekerja keras adalah kunci segalanya, tapi kini selepas bergelar ibu dan isteri, saya mengerti bahawa saya perlu bekerja dengan bijak jika ingin mengecapi keseimbangan dalam hidup dan kerjaya,” katanya.

Selain Ernie antara wajah yang pernah menghiasi papan iklan gergasi itu antaranya Yuna, Dolla, Datuk Siti Nurhaliza dan ramai lagi. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.