Perdana Menteri alukan kedatangan Coldplay ke Malaysia, sekali Ernie Zakri siap minta Ds Anwar Ibrahim bawa kumpulan ni pula

Umum mengetahui, kumpulan rock terkenal British iaitu Coldplay bakal mengadakan konsert jelajahnya berjudul Music Of The Spheres World Tour di Malaysia pada November depan. Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerusi satu hantaran video di laman Twitter miliknya, mengalukan kedatangan band tersebut ke tanah air. “Coldplay selamat datang ke Malaysia. Jom bekerja bersama-sama dan menjaga persekitaran dan pastikan dunia sentiasa selamat. Terima kasih. Video tersebut kemudian mendapat perhatian penyanyi bervokal lantang, Ernie Zakri.

Menerusi ciapan balas yang dibuat oleh penyanyi itu, dia berseloroh dengan berharap selepas ini perdana menteri ke-10 itu mempertimbangkan untuk membawa boyband terkemuka dari Korea Selatan, BTS. Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memasang harapan yang sama dengan pelantun lagu Gundah itu selain berharap permintaan tersebut menjadi realiti. Tiket konsert Music Of The Spheres World Tour boleh didapati di laman web Go Live-Asia sebagai penjual rasmi.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.