Muat naik gambar terbaru, tapi benda ni pula yang warganet perasan pada gambar Hannah Delisha

Penampilan cantik pelakon, Hannah Delisha sememangnya kerap jadi perhatian ramai memandangkan namanya kini sedang hangat diperkatakan berikutan drama Andai Itu Takdirnya sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen. Namun begitu, perkongsian terbaru Hannah di Instagram bagi mempromosikan pakaian jenama keluarannya telah mendapat perhatian ramai apabila ada komen-komen nakal yang menegur posing pelakon wanita itu.

Dia yang menggayakan baju sweatshirt telah tampil kasual, namun posing mendada yang dilakukan mendapat kritikan sesetengah warganet. Ada juga yang menegurnya supaya melabuhkan lagi tudung kerana ada anggota tubuh yang masih terlihat menonjol sehingga mengundang komen negatif dari orang ramai.

Walau bagaimanapun, masih ada yang memuji penampilan pemilik nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 27 itu kerana masih wajar dipanggil pelajar sekolah memandangkan terlihat begitu comel. Mereka juga begitu menyukai style Hannah dan juga lakonannya dalam drama Andai Itu Takdirnya yang bergandingan dengan Shukri Yahaya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.