INDIVIDUÂ yang tergolong dalam kumpulan T20 tidak lagi akan mendapat pemberian subsidi dengan pelaksanaan subsidi bahan api bersasar untuk petrol RON95 dan diesel, tahun depan, kata Datuk Seri Ahmad Maslan. Timbalan Menteri Kewangan itu berkata, lebih RM50 bilion dibelanjakan untuk subsidi bahan api seperti RON95, diesel dan gas (LPG) yang dinikmati oleh semua rakyat Malaysia termasuk kumpulan T20. “Kita tidak mahu orang kaya mendapat lebih daripada orang kurang berkemampuan. Mereka sudah semakin ramai dan kereta pun lebih besar berikutan RON95 diberi subsidi RM2.05 seliter.
“Mereka mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar petrol berbanding kumpulan M40 dan B40 yang mempunyai kereta lebih kecil malah menunggang motosikal,” tambahnya. Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Persatuan Penulis Johor, di Pontian, pada Jumaat (19 Mei). Tambahnya, mekanisme subsidi semasa perlu diperbaiki segera bagi memastikan ia mencapai kumpulan sasarnya, iaitu golongan berpendapatan rendah dan sederhana. “Bagaimanapun, pengusaha bas termasuk bas sekolah masih akan mendapat subsidi diesel kerana kita tidak mahu mereka menaikkan tambang yang akan membebankan rakyat,” katanya.
Ahmad juga berkata kerajaan mampu menjimatkan RM4 bilion antara Januari dan Julai tahun lalu apabila ia menghapuskan subsidi elektrik kepada syarikat dan perusahaan. “Inilah sebabnya kita melihat keperluan melaksanakan sistem subsidi yang betul kerana hasil yang kita simpan boleh kembali kepada rakyat. Kerajaan boleh membina lebih banyak hospital, klinik dan sekolah,” tambahnya. Pada Khamis, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata kerajaan dijangka melaksanakan pemberian subsidi bersasar, termasuk untuk petrol RON95 dan diesel, mulai tahun hadapan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.