Dah beberapa bulan berlalu pasal kes kena ketuk kepala, Kamal Adli akui masih ada rasa trauma setiap kali keluar rumah

Pelakon, Kamal Adli mengakui dirinya masih trauma susulan insiden dipukul seorang lelaki sehingga cedera teruk di kepala ketika menghadiri suatu acara di Singapura, Mac lalu. Menerusi temubual Hlive, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, berkata dia terpaksa menggunakan pelitup muka setiap kali keluar dari rumah. “Setiap kali keluar rumah saya akan pakai mask, tapi tetap orang kenal. Sewaktu bulan puasa pergi bazar pun rasa tidak seronok, setiap kali dua langkah saya akan toleh belakang. Saya memang jadi trauma, tapi isteri dan family cakap saya perlu lalui juga perkara ini sebab nanti akan jejaskan kerja. Saya perlu menjadi Kamal yang dulu.

Dalam masa sama, suami kepada aktres, Uqasha Senrose itu berkata sehingga kini dia masih tidak mengetahui punca sebenar individu tersebut menyerang dirinya. “Buat masa ini saya masih lagi menunggu keputusan pihak Singapura orang itu masih lagi di dalam (lkap) dan tunggu untuk dibicarakan. Dia pun telah dimasukkan ke dalam wad mental untuk pemeriksaan. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya kena ketuk, ketika kejadian pun saya ingat tak ingat, sedar-sedar kepala dah berdrh. Ia berlaku terlalu pantas. Masa saya kena ketuk, terus terfikir saya ada ganggu anak orang ke? Kacau sesiapa ke? Tersalah bual dengan orang ke?

Dia ada fanatik tetapi tidak la sampai level macam itu, motif dia ketuk itu sama ada sebab saya atau Uqasha pun tidak pasti.” Terdahulu, Uqasha memuat naik video pendek di Instagram yang memaparkan dirinya sedang menangis di hospital dan memaklumkan suaminya telah disrng oleh seorang individu lelaki tidak kenali sehingga mengalami kelukaan teruk di bahagian kepala. Menurut Uqasha, ketika kejadian mereka sedang melayani peminat di sebuah ekspo yang berlangsung di Singapura sebelum ada seorang lelaki yang mencari suaminya.

Bagaimanapun, dia menyangka lelaki tersebut merupakan peminat Kamal yang ingin mengajak bergambar bersama. Namun, secara tiba-tiba lelaki itu mengeluarkan cota besi daripada poketnya sebelum bertindak mengasari Kamal. Kredit: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.