Kembali rujuk semula, Beego dan isteri luahkan rasa macam orang kembali bercinta

Selepas kembali rujuk, pasangan selebriti Beego dan Linda Hashim menganggap hubungan mereka semakin kuat seperti zaman mula bercinta sekitar 10 tahun lalu. Linda atau nama  sebenarnya Norhazlina Hashim berkata, perpisahan yang dilalui mereka itu telah membuatkan mereka kembali muhasabah diri selain duduk berbincang bagi mendalami isi hati masing-masing. Bukan itu sahaja, aktres berusia 39 tahun itu menganggap apa yang berlaku antara mereka adalah mempunyai hikmah bagi menguatkan lagi rasa cinta selain tidak mahu mensia-siakan peluang kedua.

“Selepas kejadian, kami banyak muhasabah. Duduk berbincang, selain mengenali hati budi masing-masing… ibarat bercinta semula. Cinta yang baru berbanding sepuluh tahun sebelum ini,”ujar Linda. Beego bagaimanapun mengakui silap kerana bersikap terburu-buru membuat keputusan untuk melafaz talak tanpa berfikir panjang. Tambah Beego, dia sebenarnya telah salah faham dengan tindakan isteri hadir ke mahkamah bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di mana menganggap Linda hanya menurut permintaan. “Secara teknikal ia kesilapan kami berdua dan ia berlaku secara terburu-buru tanpa saya berfikir panjang.

“Niat isteri untuk perbaiki hubungan kami, jadi saya yang minta dia ke mahkamah untuk proses JKP. Saya pula pada satu pagi yang salah, saya datang dan terus lafaz talak. Bila Linda keluar bilik JKP, dia beritahu tak sangka saya lafaz talak,”ujarnya. Sementara itu, aktor sitkom berjudul Puteri tidak menyangka bahawa hubungan dia dan isteri dapat dihidu oleh pihak media. Lebih-lebih lagi, mereka berdua jarang berkongsi hal peribadi di media sosial. Katanya lagi, mereka tiada niat untuk menyembunyikan diri daripada orang ramai sebaliknya mahu bertenang dan berbincang secara baik.

“Tempoh edah kami guna untuk bertenang, supaya saya dan dia boleh beritahu isi hati masing-masing. Kami sendiri pun tidak mahu perkara ini berlaku. Demi kasih sayang pada pasangan dan anak, kami sepakat untuk memperbaiki kelemahan diri dan menjadikan perkahwinan kami lebih kuat,”tambah Beego. Sebelum ini, Beego melafazkan talak terhadap isterinya pada 27 Mac 2023 namun mengaku kembali rujuk pada 9 April 2023. Malah, kehadiran pasangan itu hadir Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan tiga anak mereka.

Untuk rekod, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia,4. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.